...::countdown-ing::...

Saturday, May 22, 2010

pilihan..

pilihan...
pemilihan...
pilihkan...
memilih...
terpilih...
dipilih....
andaikan:
anda mempunyai banyak pilihan. dan pilihan y perlu dibuat hanya SATU. ap y akan dipilih. memilih bukanlah satu perkara y senang. pemilihan perlu tepat. jadi, sangat lah perlu untuk memilih yang sebenar-benarnya terpilih.
saya andaikan ini ujian buat saya. saya tak pernah merasa bangga kerana diberi beberapa pilihan ini. TIDAK. ini ujian buat saya. saya yang perlu memilih. tapi pilihan ini sangat memerlukan petunjuk dari Allah. saya tak berhak untuk memilih atas dasar apa yang saya suka sahaja. saya perlukan tuntunan hati agar dapat menuju ILAHI bukan nafsu semata.
"ya Allah ya Tuhanku....bantulah hamba-Mu ini ya Allah... jika benar dia milikku,aku miliknya, kejutkan hati ini supaya sedar bahawa kehadirannya amat diperlukan bagi diriku menuju Mu...
jika dia bukan milikku, aku bukan miliknya, jauhkan hati kami supaya tiada perasaan yang boleh membawa kehancuran dalam menjalankan tanggungjawab terhadap-MU...."
duhai hati, bersabarlah... akan hadir sekeping lagi hati untuk mendampingimu... hadiah buatmu...
semoga aku memilih jalan yang betul... semoga pilihan ku adalah yang paling tepat.. semoga pilihanku diredhai....
insyaAllah....
amin..

No comments: