...::countdown-ing::...

Sunday, July 5, 2009

hati oh hati

bagaimana hendak dimulakan entri kali ini...
ermm... jam pun da menunjukkan hari da makin larut malam... tapi,.. masih blom dapat siapkan keje2 ni.. hati ku betul2 tak tenang...
ujian apakah ini, ya Allah.. mungkin ini ujian-Mu untuk menguji ku sejauh mana cintaku pda-Mu ya Allah...
ingin saja ku bongkarkan semua rasa hati ku ini dlm entri kali ini, tp aku msih perlu menjaga beberapa hati y mungkin akan berderai mendengar pengakuan ini....
ya Allah, mahu saja aku bersujud pda-Mu tika ini... aku rindu untuk sujud d tikar solatku...aku rindu untuk menangis d sejadahku...aku rindu untuk mengalunkan ayat2 suci-Mu, ya Allah....
aku mungkin terbawa2 emosi ku... hingga menyebabkan ada y serba salah... tp,.. aku tak mampu untuk lawan perasaan ini...
ya Allah.. kiranya dia benar untukku, maka bukakanlah pintu hatiku... tapi, jika dia benar2 bukan untukku, maka, Kau buangkanlah jauh2 perasaan ini supaya tiada pihak y akan sakit hati selepas ini....
buat cintaku, aku bukan tidak mahu menyambut sayang darimu, cuma aku perlu menjaga hati y lain... sungguh, sangat pedih hati ini, untuk buat keputusan.... tp, wbgaimanapun, aku sesekali tidak akan lupakan-Nya.... semoga hatiku tidak akan pernah berpaling dari-Nya... aku mungkin akan menyesal untuk melepaskan mu, tp, aku akan lagi menyesal jika aku mengulang apa y pernah terjadi pd diri aku buat kali kedua.... semalam, aku menangis... bukan kerana aku patah hati.. tapi kerana aku tersentuh tika membaca buku PEMILIK HATIKU SETELAH ALLAH DAN RASUL... banyak iktibar...

~sajak Aminah Qutb~
sekiranya, kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya...
sekiranya kita cinta manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang kita cintai,
tetapi sekiranya kita cinta pada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga....
..................
cintaku, jika aku mencintaimu, bolehkah aku untuk mengekang nafsu cinta y masih belum halal ini... kenapa aku mencintaimu,...kerana kau pandu aku untuk semakin mendekati-Nya...kenapa aku mencintaimu,..kerana kau banyak memberi semangat tika aku jatuh...dan buatkan aku berdiri semula...
cintaku, mungkin aku hanya diberi peluang untuk mempunyai perasaan ini untuk sekejap cuma...kerana mungkin kamu bukan cintaku y telah tertulis d Loh Mahfuz... terima kasih buat segalanya...
aku cuma adikmu...
~maafkan aku~