...::countdown-ing::...

Saturday, April 17, 2010

ADA APA DENGAN CINTA

TARIKH : 16 APRIL 2010
TEMPAT : BILIK REKREASI BLOK C
MASA : 2149
TAJUK : FORUM "ADA APA DENGAN CINTA"

MODERATER : MOHD KHAIRUL AFIF BIN ABD MAJID
PANEL : UST SHAHRIL, HAFIDZ ARIF, IZZUL ISLAM

"WHERE THERE IS THE LOVE, THERE IS THE LIFE"
-Mahatma Gandhi-


1) ISLAMIC COUPLE
Apakah itu cinta?
- satu bentuk nikmat dari Allah s.w.t kepada makhluk-Nya
- apabila kita beroleh ketenangan ketika bersama individu tersebut

"ISLAMIC" COUPLING. dalam Islam, bercinta tidak digalakkan kerana makna cinta yang asal telah disalah ertikan oleh segelintir pihak yang menggunakan perkataan CINTA untuk menggalakkan MAKSIAT menjadi perkara HALAL. bercinta tidak salah, tapi bagaimana cara kita menyalurkan cinta itu yang menjadi persoalannya. cintalah kepada Maha Pencipta, cintalah kepada Rasul. cintalah kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. kerana dengan cinta dan kasih sayang dapat menyatukan hati2 kita untuk semakin mendekati-Nya. menggunakan perkataan "ISLAMIC" oleh segelintir remaja adalah untuk membolehkan cinta wujud di hati2 dan berjanji untuk menjaga batas2 pergaulan. tetapi sejauh mana hati2 ini dapat menjaga batasannya tatkala rindu selalu mendatang dan fikiran asyik melayang. hati yang merindui hati lain, dapatkah menghindar dari melakukan dosa.

2) PENGURUSAN CINTA
memetik kata-kata panel ke2 "Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta", kita sedar, setiap manusia mempunyai satu perasaan yang indah dan kadangkala sukar ditafsirkan iaitu CINTA. cinta merupakan fitrah. cinta lahir dari hati. cinta itu anugerah. cinta harus disyukuri.
terdapat dua kumpulan manusia yang boleh dikaitkan dengan cinta. kumpulan pertama: sedang @tengah hangat bercinta. kumpulan kedua: tak mahu bercinta @ lambat bercinta.
walaupun kita tergolong dalam mana2 kumpulan ini, ingatlah Allah. cinta harus disandarkan kepada Allah. sekiranya anda berada dalam kumpulan yang pertama, haruslah anda serius dalam perhubungan dan mengelakkan pergaulan bebas.
Mencintai dicintai itu fitrah manusia
Setiap insan di dunia akan merasakannya
Indah, ceria, kadang merana
Itulah rasa cinta…

3) PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
IKHTILAT merupakan satu bentuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang AJNABI. betapa menariknya sesebuah hubungan yang terlarang tercipta. bermula dengan berSMS, kemudian bersembang, lantas timbul keinginan untuk berjumpa, dan keinginan untuk mencuba dan akhirnya terjadi perbuatan yang TIDAK DIDUGA. oleh hal sedemikian, sangat2 perlu kita menjaga sesebuah perhubungan agar tidak menjadi fitnah dan laknat Allah kepada kita. peringatan bukan hanya buat orang lain tetapi disandarkan juga buat hamba yang hina ini jua.
Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi;
Dari mana datangnya
sayang,
Dari mata turun ke hati.

4) KESIMPULAN
tidak ada kesimpulan khusus yang dapat dibuat. cuma perluah kita menjaga hati supaya sentiasa di bawah rahmat Allah.
Imam Ahmad Bin Nasr al-Khuza’I pernah berkata kepada
murid-muridnya :

“ Wahai saudara-saudaraku sekalian. Perbaikilah hubunganmu
dengan Allah SWT.
Tidakkah kalian melihat Ibnu Aslam ini, ketika ia
memperbaiki hubungannya dengan
Allah SWT, maka Allah SWT memperbaiki
berjuta-juta manusia melaluinya”

notakaki::saya berada dalam kelas melakukan tugasan yang diberi oleh pensyarah, terdengar beberapa rakan di meja belakang berkongsi ilmu. saling menasihati berkaitan cinta manusia. katanya "nikmat yang kamu dapat dengan pasangan ketika kamu bercinta tidak akan kamu peroleh selepas kamu berkahwin". cuba kita renungkan kembali. ramai pasangan yang bahagia ketika bercinta tetapi hilang rasa cinta setelah berkahwin kerana nikmat cinta makin pudar lalu runtuhlah masjid yang dibina. kami juga sering berbincang bab cinta ketika ada masa luang, bukan disebabkan keseronokannya tetapi melihatkan betapa ramai umat Islam yang hancur disebabkan cinta insani. rakan saya bertanyakan saya "za, kalau kamu berada di sebelah seorang lelaki ajnabi, pernahkah kamu rasa semacam aura antara kamu dan dia" saya menjawab "benar,ada". "bersyukurlah kamu za, kerana kiranya kamu tidak merasakan perasaan itu, sesungguhnya syaitanlah ada di antara kamu. kiranya masih ada aura itu, kamu akan terasa ingin menjauhinya dan itulah perasaan yang dapat mengelak kamu dari melakukan perkara yang dilarang" dia berbicara panjang. dari cerita ini, kita renungkan diri kita kembali.

notakaki2::ADAAPADENGANCINTA za suka menyalin apa yang diberitahu. n apa yang sempat za dengar, za tulis. ni short note za. apa y za tulis di atas bukan 100% dari panel. mungkin ada penambahan idea (walaupun hanya sedidkit) yang diutarakan. sekiranya terdapat beberapa percanggahan pendapat, silalah tegur za.

TIADA KAPEL DALAM ISLAM

7 comments:

atinmarzuki said...

love this post!
sama2 kita berada dalam keredhaanNYA insyaAllah :)

xAr said...

insyaAllah..:)
atin nape za xdpt bukk blog nabila?

atinmarzuki said...

huk! maybe d dah delete,
nnti atin tnya kak eh, lagipun dah lama d xupdate...hikhik

xAr said...

ow.. ptutla... k.. hehe :)
cpt sembuh k..

kawanmu said...

betul tu.
sakong ayat last sekali
TIADA KAPEL DALAM ISLAM

keme said...

"hati yang merindui hati lain, dapatkah menghindar dari melakukan dosa"

very thoughtful

xAr said...

renung2kan..dan selamat beramal...