...::countdown-ing::...

Wednesday, May 27, 2009

bIcara hatI

salam...

macam da lama je za tak menulis.. banyak2 entri pun lagu2 je..

za skrang ngah 'gila' kan lagu nasyid... hihi ><

kalau dihayati bait2 lagu, amat indah.. terutama lagu2 cinta.. hehe

bukan apa... cuma untuk tenangkan hati yang resah...



kejarlah cinta Ilahi kerana cinta sejati insani amat susah dicari....^^



bila terdengar saja bait lagu ." jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu"



za sedar, walau kita terlalu mengharap sekalipun, seandainya dia bukan milik za, dia tetap akan menjauh... tapi sekiranya dia benar untuk za, lambat laun akan bersama juga... insya Allah...



bila berfikir lagi, sekalipun za jatuh cinta lagi, ruang hati za untuk menerima cinta hanya kecil, kecuali suami za y sah kelak...insya Allah... sekalipun kita merancang sekarang, belum tentu kesudahan adalah seperti yang dirancangkan... Allah dah tetapkan yang terbaik untuk hamba-Nya.... perasaan ketika berpasangan amat indah, tapi, adakah itu boleh menjanjikan kebahagiaan ketika berumahtangga nanti... belum tentu... sahabat2, jagalah tutur bicara, akhlak, untuk mendapat berkat perhubungan dari Allah... masa belajar di matrik dulu, ustazah pernah berpesan, kalau kamu sayangkan pasangan kamu, cubalah untuk mendapat redha Ilahi, sekiranya Allah dah melaknat kamu dalam hubungan sebelum perkahwinan, sampai bila2 ia akan terjadi... jadi bagaimana untuk kamu mendapat keberkatan selepas berkahwin... walaupun ikatan sudah menjadi sah...



apabila berfikir kembali... mungkin benar za tak pandai nak jaga perhubungan sampai boleh terjadi perpisahan yang paling perit untuk ditelan... sangat sakit... mungkin dalam hatinya, za tak pandai menjaga hatinya sebab bukan semua kehendaknya dituruti.... sedaya upaya za cuba untuk menjaga..."maafkanku kerana ku tak sweet".. tapi, pilihan ditangannya, pilihlah sampai kamu berpuas hati.. sekiranya dia yang terbaik.. terimalah dia seadanya.. sekiranya dia dapat membimbingmu ke jalan Allah, aku redha, sebab dia lebih layak... sebab aku tahu aku bukannya sempurna, dan aku kurang tegas... aku memohon supaya kesalahan aku dimaafkan sebab mungkin aku pernah terlepas cakap apabila hatiku disakiti... oleh itu, aku memohon kemaafan... aku seboleh-bolehnya tidak mahu ada perkataan dendam di hatimu...



minggu lepas, za ambil tren untuk ke rumah kakak.. turun d stesen sungai buloh... kebetulan sampai sana dah masuk maghrib, solat magrib dekat surau @ masjid (x pasti) berhampiran.. ada kuliah magrib, terdengar suara ustaz umur dalam lingkungan 50-an sedang ceramah " pada zaman sahabat, ada seorang perempuan dan lelaki sedang dilamun cinta...lelaki cuba memperdaya perempuan tersebut dan berkali-kali mengajak perempuan tersebut untuk bersetubuh... perempuan itu akhirnya terpedaya,.. tapi tiba saat lelaki itu ingin membuka baju perempuan tersebut, perempuan mula bersuara 'janganlah kamu mengambil daraku sehingga kamu berhak'.. alangkah terkejut lelaki itu, dan selepas itu lelaki itu pun bertaubat dan kembali ke jalan Allah..." betapa berharganya maruah seorang perempuan.... perempuan bukan barang dagangan, bukan barang permainan, bukan alat simbol seks, perempuan adalah untuk melengkapi kehidupan lelaki.... pertahankan maruah kami... jangan memandang hina terhadap kami....



perempuan yang baik untuk lelaki yang baik...lelaki yang baik untuk perempuan yang baik... untuk mendapatkan yang terbaik, jadilah yang terbaik terlebih dahulu....



disini za juga akui, za cepat terpengaruh, cepat beri kepercayaan... hati kecil za amat mengimpikan seseorang yang boleh membimbing za ke jalan Allah... semoga za menemui yang terbaik untuk za... tapi, sebelum mencari yang terbaik... za sendiri akan cuba untuk berubah dan menjadi yang terbaik untuk nya... sepanjang perjalanan kehidupan, pernah za berjalan dan kaki merasa lumpur, dari itu, ingin za basuh calit-calit lumpur, dan melangkah kaki bersih ke jalan diredhai Nya.....insya Allah...



6 comments:

azzy said...

cayyok!!!alwezz beside u...pray 4 me too....hehe....

nabilamarzuki said...

insyaAllah..
nabila doakan..
smoga kt sma2 mjdi seindah mawar bduri..

Da Bomb' LiFE said...

semoga mjadi mawar y xpenah layu..:)

xAr said...

terima kasih buat teman2...=)
insya Allah...

azzy: salam ukhuwah..:)
nabila: semoga juga nanti ada seorang lelaki y akan memandang za sebagai mawar berduri....:)
abg syawal: tens...:)

Fara said...

cik ha...mawar berduri!!!

KiwiKiwi said...

lame dah tak singgah..
sorry nak exam dah..hehehe..

Ikre pon doakan Zar gok...